Comment atas Lebaran di Singapura
Lebaran di Singapura
Oktober 10, 2007 |

Catatan Syafrein Effendiuz
Setiap tahun, saya, isteri dan tiga orang putra-putra saya berhari raya di Singapura. Hanya tahun lalu saya tidak dapat berlebaran di sana. Cuma anak-anak dan isteri yang ke sana.
Ramai yang balik kampung semasa hari raya, tapi kami balik ke bandar (kota) Singapura.

Anak pertama dan kedua saya lahir di Singapura dan mereka terlalu rapat dengan neneknya. Setelah nenek mereka tiada, tradisi ini masih diteruskan kerana mereka merasa Singapura itu sebagai kampung halaman mereka. Lagipun, di Malaysia, terutama di taman perumahan, keadaan sepi sewaktu lebaran.
Sebaliknya, di Singapura lebaran disambut meriah. Malam hari raya di Geylang dipenuhi orang-orang yang berbelanja sampai pagi. Biasanya ada lelongan barangan apabila menjelang dinihari. Murah! Di sinilah tempat tumpuan orang Melayu semasa Ramadan dan menjelang hari raya.
Sayang tahun ini Geylang telah berwajah baru. Walaupun bagus tapi, katanya, suasananya tidak seperti dulu lagi.
Tahun ini kami berkumpul di rumah ini, Jalan Mariam, Changi - rumah Nordin & Salamah
Pada malam hari rumah-rumah Melayu berseri-seri dengan lampu lap-lip. Pabila fajar 1 Syawal terbit, mereka seperti biasa ke masjid-masjid menunaikan solat ‘Ied. Setelah itu kelihatan orang ramai yang berpakaian baju Melayu sedondon di mana-mana, di stesen bas (interchange), MRT, dan di rumah-rumah pangsa. Mereka mulai mengunjungi ibu bapa dan sanak saudara. Ramai juga yang menziarahi kubur ahli keluarga.
Sehari sebelum lebaran, kami singgah di pusara ibu bapa kami sebaik tiba di Singapura.
Di Singapura cuti umum untuk hari raya hanya sehari.
Pada pagi ini kami berkumpul di rumah salah seorang adik beradik bergiliran setiap tahun. Di sinilah kami berkumpul beramai-ramai. Jamuan yang tidak pernah ketinggalan adalah lontong dan rendang. Kadang-kadang kami bawa lemang dari Melaka.
Jamuan di pagi Raya.
Setelah tengah hari, kami mengunjungi orang-orang tua (pakcik dan makcik) secara berombongan (konvoi). Ada yang berkereta dan ada juga yang naik pickup (lori kecil). Anak-anak paling seronok naik lori terbuka ini. Kami ’serang’ mereka beramai-ramai. Kunjung mengunjung ini berakhir sehingga larut malam.
Keesokan harinya ziarah menziarahi diteruskan lagi. Mana-mana yang bekerja akan melakukannya pada malam hari saja. Bahkan suasana seperti ini, dengan pakaian baju Melayu, berlangsung selama seminggu.Artikel ini diterbitkan oleh Majalah.Dompas.net, yang juga menerbitkan Dompas Network, dan Artikel Sentral, Health and Fitness World. Editor: Syafrein Effendiuz, bekerjasama dengan Zubli Zainordin pengasas Sains dan Seni Jaya Diri, pengarang blog Total Happiness dan pengelola Book Project blog. Syafrein juga mengelola blog Catatan Sekilas, Usahawan Maya, Perkahwinan, Tokoh, Cyber Ilmu, Riau, Banners to click!, Making money from home just got easier dan lain-lain. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat memberi kredit kepada penulis dan sumbe: http://majalah.dompas.net/ dengan link hidup.
Komentar anda
1 Comment so far
aa-eman on 2007-10-11 12.02 am
Aa pernah Singapura di 3 atau 4 Mar 1976 dan 1977. Sekarangpun belum lagi. Doain aa ya. Go Tinggepor befol you die lah.






